Iqbal Zulkefli Ajak DSV Datang Ke Rumah Banglo Miliknya

Iqbal Zulkefli Ajak DSV Datang Ke Rumah Banglo Miliknya
Share

Pasti ramai tahu sebelum ini usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli mendedahkan dia membeli banglo mewah terletak di ibu kota bernilai RM5 juta.


Terbaru, menerusi satu video dikongsikan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Iqbal berbesar hati untuk menjemput bekas kekasihnya itu berkunjung ke kediamannya.


Menerusi video itu turut memaparkan Iqbal turut bertanya sekiranya vida sudi memenuhi jemputan berkenaan.


“Saya tak nak jadi fitnah lagi. Kali ini Iqbal ajak saya datang ke rumahnya. Saya tak mahu nanti orang cakap saya sengaja datang ke rumah Iqbal untuk content semata. patut ke saya datang ziarah ke rumahnya?,” soalnya.


Dalam pada itu, Iqbal turut menjelaskan bahawa kedatangan Vida kali ini dijemput dan bukan seperti apa yang berlaku sebelum ini dimana dia diterjah pada jam 3 pagi oleh usahawan itu.


“Takde orang datang lagi rumah saya. Yang ni dijemput lain, pukul 3 atau 4 pagi takpe. Hari tu tak jemput. Saya terkejut . Kali ni kalau nak datang, datang je la,” kata Iqbal.


Namun, menerusi video itu Vida tidak memberikan kata putus sebaliknya hanya mengatakan akan berkunjung ke rumah Iqbal jika mempunyai masa.


Sumber: Rotikaya

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel