“Kau Ingat Dia Miskin Ke? Laki Dia Millionaire” – Dedah Harga Gelang Yana Najib, Individu Ini Kena Tempelak Dengan Netizen

“Kau Ingat Dia Miskin Ke? Laki Dia Millionaire” – Dedah Harga Gelang Yana Najib, Individu Ini Kena Tempelak Dengan Netizen
Share

Selepas beberapa hari dipenjarakan, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi untuk menjalani perbicaraan kes membabitkan 1MDB.


Bukan hanya kelibatnya yang menjadi perhatian tetapi juga anak perempuan beliau, Nooryana Najwa yang turut hadir untuk memberikan sokongan kepada bapanya.


Menerusi Instagram, Nooryana telah berkongsi luahan hatinya tentang kes yang melibatkan bapanya dan berkata mereka sekeluarga sangat kagum dengan kekuatan Najib.


Bukan perkongsiannya yang menjadi bualan tetapi sebaliknya benda lain pula yang menarik tumpuan mata-mata yang melihat di media sosial.


Seorang pengguna Twitter telah memuat naik gambar Nooryana di aplikasi itu dan mendedahkan jenama serta harga gelang yang dipakainya ketika hadir ke mahkamah.


Berdasarkan screenshot yang dikongsi, gelang dipakai Nooryana adalah daripada jenama Cartier dan harganya pula bermula daripada RM28,500 setiap satu.


Bagaimanapun, ketika ke mahkamah Nooryana dilihat memakai 5 utas gelang tersebut yang berwarna perak dan emas bermakna semuanya bernilai RM146,700.


Hmmmmmgelang RM146,700 kat lengan untuk beri sokongan kepada ayah yang tengah bicara kes pecah amanah………. siapa handle PR diorg ni https://t.co/js9ArGMhvO pic.twitter.com/qJFM2AYfGG — Iman 


Tanita(pir) (@notorioustapir) August 25, 2022
Menjengah ruangan komen, sesetengah netizen dilihat menegur pengguna Twitter tersebut kerana mencari kesalahan orang lain.


Ada yang berkata, gelang sebegitu memang biasa dipakai oleh golongan T20 dan berpendapat Nooryana sendiri sudah cukup mampu untuk memiliki.


“Kau ingat dia tu miskin ke? Sah sah husband dia multi millionaire. Ayah dia keturunan hartawan Tun Razak. Gelang Cartier kebanyakan orang kaya memang beli.”

Sekadar info, Najib Razak baru-baru ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.


Sumber: Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel