Lepas Pakai Bikini Nampak Punggung, Leona Sengaja Tayang Dada?

Lepas Pakai Bikini Nampak Punggung, Leona Sengaja Tayang Dada?
Share

Sebut saja nama Kasih Iris Leona, sememangnya ramai yang mengenali anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu yang sinonim dengan imejnya yang seksi sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.


Namun, meskipun dikecam teruk oleh netizen namun ia seolah tidak memberi kesan kepada gadis itu yang dilihat tenang meneruskan kehidupan seperti biasa.


Belum lagi reda dengan videonya memakai bikini hingga menampakkan bahagian punggung, Leona dilihat memuat naik satu video menampakkan bahagian lurah dadanya. Menerusi video itu, gadis berusia 20 tahun itu memakai baju biru namun mendedahkan bahagian dadanya.

Seperti sudah dijangka, perkongsian Leona itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakannya seolah sengaja menunjukkan ‘aset’ kepada umum.


Malah, ada netizen mengatakan tindakan Leona itu agak melampau tidak kurang juga ramai yang meluahkan rasa kasihan kepada bapanya, pelakon Azhar Sulaiman.

Terdahulu, Azhar berkata dia sudah menasihati anak gadisnya itu namun semakin menjadi-jadi dan setiap hari membuatkan dirinya ‘panas bontot’ dengan isu Leona.


Sumber: Rotikaya

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel