“Macam Pelakon Lucah!” – Menari ‘Ghairah’ Bersama, Aliff Syukri Dan Baby Shima Teruk Dikecam
Thursday, August 11, 2022
Ingatkan sudah tidak lagi mahu menimbulkan sebarang kontroversi, namun baru-baru ini tular satu video usahawan Datuk Aliff Syukri bersama dengan penyanyi kontroversi, Baby Shima mengundang kecaman.
Difahamkan, sebab mereka bersama dalam satu video kerana bakal muncul dengan lagu baharu bersama berjudul Baby Sayang.
Di dalam video yang dipromosikan itu, Aliff kelihatan sedang ‘asyik’ menari bersama Shima hingga mengundang rasa tidak selesa di kalangan warganet.
Perkara yang membuatkan netizen berasa lebih terkejut, Baby Shima ketika itu memakai seluar pendek hingga menampakkan pehanya yang dianggap berlebihan.
Meninjau di ruangan komen, warganet sememangnya tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan reaksi mereka terhadap video yang di muat naik dan ada juga yang berkata Shima seperti pelakon lucah di dalam video berkenaan.
Barangkali sedar dirinya dan Baby Shima dikecam ramai, Aliff telah mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen agar tidak menerima apa-apa komen daripada netizen.
Sumber: Beautifulnara