“Nak Nasihat Tapi Biadap” – Aurat Sering Dipersoal, Elyana Akui Dah Betul-Betul ‘Give Up’ Dengan Netizen

“Nak Nasihat Tapi Biadap” – Aurat Sering Dipersoal, Elyana Akui Dah Betul-Betul ‘Give Up’ Dengan Netizen
Share

Semalam, kecoh di media sosial apabila penyanyi Elyana mengambil tindakan memuat naik fotonya tidak berhijab dan berseluar jeans koyak di Instagram.


Biarpun ada yang bimbang mengenai keadaan terkini penyanyi tersebut, dalam pada masa yang sama, ramai juga yang mengecam serta mempertikaikan tindakannya seperti persendakan tuntutan agama.


Susulan itu, pihak Utusan Malaysia telah menghubungi Elyana untuk mendapatkan penerangan lanjut dan dia mengakui berasa tertekan dengan sikap netizen yang terus-menerus persoalkan caranya menutup aurat.


“Betul, saya tertekan kerana warganet. I give up, betul-betul give up.”


Sekadar info, sebelum ini penyanyi lagu Kalis Rindu itu meluahkan rasa marah terhadap segelintir netizen yang menuduh dirinya menggunakan alasan sakit kanser limfoma untuk meraih simpati orang ramai.


Kerana terlalu marah dengan sikap netizen yang menuduhnya secara melulu itu, Elyana menyuarakan bahawa dia mahu bersemuka dengan individu tersebut.


Sumber: Beautifulnara, Utusan Malaysia

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel