Tak Pernah Cincai Layan Peminat, Sikap Fazura Dipuji Netizen
Saturday, August 13, 2022

Sebut saja nama selebriti popular Nur Fazura, ramai yang senang dengan pelakon itu yang jarang sekali terpalit dengan kontroversi panas.
Malah, Fazura juga dikenali sebagai artis yang peramah dan tidak sombong dengan peminat. Baru-baru ini, tular video dirakam peminat memaparkan bagaimana pelakon itu melayan peminat-peminatnya.
Menerusi video itu, Fazura yang ditemani suaminya, Fattah Amin dilihat melayan peminat yang ingin bergambar.
Apa yang menjadi perhatian, Fazura dengan spontan menarik seorang peminat yang sudah berusia sambil memeluk mak cik berkenaan.
Melihatkan Fazura melayan peminatnya itu dengan penuh kasih sayang, ramai memuji sikap rendah diri pelakon jelita itu.
Diruangan komen, ramai yang berkongsikan pengalaman manis ketika bertemu dengan Fazura yang sememangnya tidak sombong. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan Fazura antara artis yang dikenali sentiasa menegur peminat untuk ajak bergambar.
SUMBER: CARI FORUM