“Tidur Bertudung & Berselimut” – Gadis Kongsi Tips ‘Travel’ Ke Thailand Dengan BF Undang Kecaman

“Tidur Bertudung & Berselimut” – Gadis Kongsi Tips ‘Travel’ Ke Thailand Dengan BF Undang Kecaman
Share


Baru-baru ini, viral di media sosial Twitter mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Mimi Asmara yang menceritakan tentang perkongsian tips ‘travel’ daripada seorang wanita yang mengundang tanda tanya.


Menurut hantaran tersebut, wanita muslimah bertudung itu telah berkongsi tips percutian ‘budget‘ ke Thailand bersama teman lelakinya menerusi hantaran di laman Facebook.


Antaran tips yang diberikan wanita itu adalah dia dan teman lelakinya telah berkongsi bilik hotel dan tidur di katil yang sama namun dihadang dengan meletakkan bantak diantaran mereka.


Baca Juga

Malah, apabila tiba giliran untuk mandi, salah seorang antara mereka akan turun ke bawah dan menunggu di ruangan lobi sehingga seorang lagi selesai.


Tambahnya lagi, tips percutian itu bukan sahaja dapat menjimatkan duit, malah para wanita akan berasa lebih selamat kerana bercuti dengan teman lelaki.


Apabila ditanya sama ada mereka tidak takut jika terlanjur melakukan zina, wanita itu menitip pesanan agar sentiasa ‘menjaga niat’ supaya perkara sebegitu tidak berlaku.


Meninjau di ruangan balas, perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan tips percutian berkenaan dan mengecam tindakan wanita itu.


close


Sumber: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel