Berpelukan Mesra Dengan Afgan, Netizen Tegur Yuna Jaga Batas
Tuesday, September 13, 2022

Baru-baru ini perkongsian penyanyi Afgan di Insta Story menjadi perhatian ramai apabila bertemu dengan penyanyi Yuna ketika hadir di New York Fashion Week (NYFW).
Namun, apa yang mengejutkan netizen menerusi video itu, selepas saling menyapa kedua-dua penyanyi itu dilihat berpelukan mesra.
Seperti sudah dijangka, tindakan Yuna membuatkan ramai netizen terkejut serta menerima kritikan di laman Twitter. Ada yang menegur penyanyi itu supaya menjaga batas apatah lagi statusnya kini sebagai seorang isteri.
Dalam pada itu, menerusi TikTok OhBulan, ada netizen mempersoalkan penampilan Yuna yang memakai tudung tetapi menampakkan leher. Malah, ada beberapa netizen bertanyakan adakah benar individu itu Yuna kerana seolah tidak percaya.
Sumber: Beautifulnara