“Dia Ramai Kroni” – Hisap Dadah & Diacu Pedang Samurai Di Leher, Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami

“Dia Ramai Kroni” – Hisap Dadah & Diacu Pedang Samurai Di Leher, Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami
Share

Susulan pendedahan pelakon cilik Puteri Balqis mengenai sikap bapanya yang didakwa ‘toxic’ dan keterlaluan sebagai seorang manusia, ibu aktres itu kemudiannya membongkar mengenai jenayah-jenayah yang telah membuatkan kehidupan mereka musnah dan tertekan sehingga ke hari ini.


Ibu Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz menerusi hantaran Instagram Story anaknya juga telah meluahkan rasa kesal dengan dakwaan netizen yang mengatakan mereka telah dengan sengaja membuka aib keluarga sendiri.


Sesetengah netizen, dakwa Norashikin hanya tahu mencemuh meskipun apa yang didedahkan itu adalah satu perbuatan jenayah melampau dan wajar diambil tindakan undang-undang serta dihukum.


Katanya lagi, dia dan Puteri Balqis sering dihina oleh sesetengah netizen malah pernah diugut oleh ahli keluarga bekas suaminya itu.

Dedah Norashikin, Azizi (bekas suami) tidak pernah ditangkap atau tertangkap kerana mempunyai kroni yang terlalu ramai dan susah untuk diberkas.


“Manusia terlalu kejam. Netizen setiap hari meroyan, menghina, dipanggil nasihat dan bersuara. Di mana keadilan buat saya dan anak saya yang menderita dan berdiam diri lebih 15 tahun apabila netizen bersuara “kau kena diam”.


Puteri Balqis menurut Norashikin juga sudah terlalu lama memendam perasaan dek kata-kata netizen yang sering menyalahkan dia dengan alasan statusnya sebagai seorang pelakon dan pendedahan yang dibuat anaknya itu hanyalah sekadar ‘lakonan’ semata-mata.


Manakala Puteri Balqis dalam satu hantaran yang lain berkata bahawa dia tidak menyesal dengan apa yang dilakukannya itu kerana semua yang berlaku adalah proses yang dilalui dalam kehidupannya sendiri.


Sumber: Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel