“Hidup Bermadu Tak Akan Terjadi Pada Saya” – Puteri Sarah
Friday, September 30, 2022

Membawa watak Bibi dalam pementasan Teater Maduku Terpaling Kalut, pelakon Puteri Sarah menafikan kisah teater itu ada kaitan dengan kisah rumah tangganya.
Memetik Harian Metro, Puteri Sarah berkata, jalan cerita dalam teater itu yang memaparkan watak Bibi bermadu dan ianya tidak akan terjadi dalam kehidupan sebenarnya.
“Watak Bibi tidak ada kaitan langsung dengan situasi rumah tangga saya sekarang. Teater ini Maduku Terpaling Kalut, ia belum lagi dan takkan terjadi pada saya,” katanya.
Pertama kali terbabit dalam teater, lakonan Puteri Sarah cukup baik dan dia mahu membuktikan bahawa dia boleh berlakon, tidak hanya sekadar cantik semata-mata.
“Saya nak bagi yang terbaik. Selama ini orang cakap saya cantik tapi lakonan ‘okay okay saja’. Bagi saya tak. Saya nak buktikan kepada semua yang saya boleh berlakon. Insya-Allah saya sudah buktikan.
“Kalau dari segi emosi pula, saya memang ‘all out’ dan lepas geram. Tapi itu adalah watak Bibi. Kalau Puteri Sarah sebenar lain.
“Puteri Sarah dia buat apa yang dia buat sekarang yang mana bertindak dengan bijak dan menggunakan platform betul dengan saluran mahkamah,” katanya.
SUMBER: HARIAN METRO