Isteri DDNK Hempas Bantal, Kecewa Dituduh Perampas
Thursday, September 15, 2022

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai majlis perkahwinan pengurus kewangan bertauliah dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) bersama pasangannya, Datin Nor Ernie Rossmerie.
Terbaru, penyanyi rap Caprice ada memuat naik video bertemu dengan pengantin baru itu. Menerusi video itu, Caprice buntu untuk memberi nasihat kepada pakar saham dan isterinya itu susulan kontroversi terpalit mereka.
“Perampas? Cap jam (buntu) tak tahu macam mana nak nasihat..ernierossmerie_ and datodrnazrikhan.official,” tulisnya.
Menerusi video itu, Ernie dilihat menghempaskan bantal meluahkan rasa kecewanya apabila dituduh perampas selepas berkahwin dengan DDNK.
“You tau tak Caprice, dorang cakap I perampas. I tak boleh terima itu semua. Kenapa nak persoalkan tentang jodoh. Macam mana I nak tolak? Pastu dorang cakap I ‘tak cantik takpe, janji manja’. Jadi Caprice.. macam mana you handle semua ni?,” katanya.
Dalam video tersebut, Caprice dilihat cuba berkongsikan tips berdepan tohmahan orang ramai kepada DNNK dan isterinya, namun video itu terhenti ditengah jalan.
Perkongsian Caprice itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bertanyakan ‘drama’ apakah yang ingin ditunjukkan dan ada yang mendakwa ianya seperti lakonan.
Sumber: Rotikaya