“Minda Belum Merdeka…” – Netizen Kecewa Orang Awam Buang Sampah Merata Lepas Perarakan Hari Kebangsaan

“Minda Belum Merdeka…” – Netizen Kecewa Orang Awam Buang Sampah Merata Lepas Perarakan Hari Kebangsaan
Share

Umum sedia tahu semalam telah berlangsungnya Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Sehubungan itu, orang ramai berpusu-pusu hadir untuk menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan selepas dua tahun tidak berlangsung kerana virus Covid-19.


Turut dapat dilihat semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia apabila ada yang sanggup datang ke lokasi acara seawal jam 5 pagi.


Namun, apa yang menyedihkan adalah perangai segelintir masyarakat yang mencemarkan alam sekitar dengan meninggalkan sampah merata-rata setelah selesai upacara perarakan.


Perkara itu dikongsikan menerusi satu ciapan di Twitter oleh seorang netizen yang menyuarakan rasa kecewa dengan sikap rakyat Malaysia.


Selain daripada meninggalkan sampah merata-rata, tumbuh-tumbuhan yang merupakan landskap perhiasan kaki lima di ibu kota juga turut dirosakkan oleh orang awam yang tidak bertanggungjawab.


“Minda belum merdeka,” tulis seorang pengguna Twitter.


“Merdeka hanya dibibir,” ujar seorang lagi warganet menunjukkan kekesalan terhadap perkara tersebut.


Sumber: Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel