“Rezeki.. So Kita Enjoy” – Pakai Baju Nipis, Giliran Nora Danish Jadi Mangsa Komen Lucah

“Rezeki.. So Kita Enjoy” – Pakai Baju Nipis, Giliran Nora Danish Jadi Mangsa Komen Lucah
Share

Baru-baru ini, viral di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan pelakon jelita, Nora Danish telah mendapat perhatian orang ramai.


Menerusi video tersebut, Nora atau nama penuhnya Nora binti Mohd Danish Hanif dilihat memakai baju berwarna putih ketika sedang berada di set penggambaraan di sebuah rumah.


Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai apabila baju yang dipakai oleh pelakon berusia 40 tahun itu sedikit jarang dan nipis sehingga menampakkan bentuk payudaranya.


Bukan itu sahaja, baju berwarna putih itu turut mendedahkan bahagian kiri bahunya sehingga menjadi sasaran golongan lelaki gatal di ruangan komen.


Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya mengatakan bahawa ini bukan kali pertama Nora seakan ‘belanja’ tubuh badannya kepada umum.

Malah, video berdurasi 5 saat itu turut mengundang pelbagai komen berbaur lucah daripada golongan lelaki di dalam media sosial.


Sumber: Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel