Bersenam Tanpa Mekap, Netizen Puji Ifa Raziah Mirip Artis K-Pop Jessi

Bersenam Tanpa Mekap, Netizen Puji Ifa Raziah Mirip Artis K-Pop Jessi
Share

Sebut saja nama Ifa Raziah, pasti ramai tahu sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai penyanyi dangdut itu oleh netizen di media sosial.


Baru-baru ini, perkongsian Ifa menjadi perhatian ramai apabila memuat naik videonya sedang melakukan rutin senaman di rumah. 


Baca Juga

Menerusi video itu, Ifa dilihat memakai kasut tinggi dan membuat senaman menggunakan alat senaman yang menarik.

Namun, apa yang menjadi bualan adalah wajah penyanyi itu yang dilihat tetap cantik walaupun tanpa secalit mekap di muka.


close
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan penyanyi itu serta ada yang menyamakan wajah Ifa idengan penyanyi dari Korea Selatan iaitu Jessi.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila ada pihak mendakwanya melakukan kaedah ‘memotong usus’ atau bariatrik untuk kurus.


Susulan tuduhan tersebut, Ifa mencabar mana-mana pihak mengemukan bukti dia menjalani prosedur memotong usus serta menawarkan wang tunai RM200,000 jika ada yang tampil bersama bukti.


Sumber: Rotikaya

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel