Cerai Isteri Lepas 10 Tahun Kahwin, Hasnol Akui Dah Lama Tiada Pendapatan Tetap

Cerai Isteri Lepas 10 Tahun Kahwin, Hasnol Akui Dah Lama Tiada Pendapatan Tetap
Share

Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, perkahwinan penyanyi Hasnol melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Marina Mohin tengah hari tadi di Mahkamah Syariah Daerah Hulu Langat, Selangor.


Memetik mStar Online, penyanyi berusia 52 tahun itu mendedahkan punca perceraian disebabkan masalah kewangan yang dihadapinya sehingga rumah tangga goyah.


Baca Juga

“Saya mengakui sudah lama tidak mempunyai pendapatan tetap. Tidak dinafikan keadaannya (Marina) lebih stabil berbanding diri saya.


“Mana maruah saya sebagai lelaki kalau saya tidak dapat menanggung segala-galanya? Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengundur diri,” katanya.


Dalam pada itu, Hasnol memaklumkan hak penjagaan anak perempuan mereka diberkan kepada Marina serta berharap dapar mencari pendapatan tetap.


close
“Bekas isteri lebih layak dalam hak penjagaan anak kami kerana dia mempunyai kerja tetap. Insya Allah, jika dibuka pintu rezeki semula, saya akan bertanggungjawab bukan hanya anak saya bersama Marina tetapi anak-anak yang lain dengan bekas isteri pertama,” katanya yang akur dengan perceraian tersebut,” katanya.


Hasnol berkahwin dengan Marina pada 2010 dan mempunyai seorang anak iaitu Haneesa Maisara yang kini berumur 11 tahun.


Hasnol turut mempunyai tiga cahaya mata Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18 tahun, menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh.


SUMBER: MSTAR ONLINE

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel