Jumpa ‘Crush’ Lama, Ashira Buka Hati Untuk Bercinta Semula

Jumpa ‘Crush’ Lama, Ashira Buka Hati Untuk Bercinta Semula
Share

Selepas tiga bulan mengumumkan perceraian, penyanyi Ashira berkata dia kini sedang bahagia mengenali lelaki bernama Fairul Ezuan.


Memetik mStar Online, bagaimanapun Ashira berkata dia belum terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga apatah lagi dia masih trauma selepas dua kali gagal dalam perkahwinan.


“Alhamdulillah… saya boleh katakan kami sedang berkawan dan dia adalah yang istimewa. Namun belum fikir lagi ke fasa seterusnya… biarlah kami berkawan dahulu. Saya pun sudah beritahu dia untuk tidak terlalu cepat merancang perkahwinan.


“Kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini membuatkan saya masih trauma. Luka lama pun belum sembuh lagi!,” katanya.


Menurut Ashira lagi, dia mengakui lelaki itu adalah ‘crush’ pertama ketika waktu muda dahulu dan mereka bertemu semula sejak sebulan lalu selepas sekian lama terpisah. Malah, Ashira berkata kehadiran lelaki itu membuatkan dirinya kembali ceria.


“Kami sudah kenal lama… sejak saya zaman remaja lagi. Kemudian terpisah dan terus tidak berhubung. Kebetulan adik Ezuan adalah salah seorang anggota dalam band saya. Dari situ kami mula berhubung.


“Ketika pertama kali bertemu semula pada 30 Ogos lalu saya takut untuk menegurnya kerana dia hadir menyaksikan persembahan saya dengan seorang wanita. Rupa-rupanya wanita itu adalah isteri kepada adiknya.


“Mungkin Allah telah aturkan untuk kembali berjumpa dengan orang yang pernah saya sayang. Jujur rasa sayang itu masih ada. Sepanjang tempoh sebulan ini juga dia buat saya kembali gembira,” tulisnya.


Terdahulu, Ashira berkahwin dengan penyanyi Bad Indigo pada 11 Mac 2021 namun mengumumkan penceraian pada Jun lalu.


SUMBER: MSTAR ONLINE

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel