“Kalau Boleh Berdamailah, Bukan Masalah Besar Sangat” – Kazar
Sunday, October 30, 2022

Hangat diperkatakan mengenai kontroversi melibatkan anak perempuannya, Ira Kazar yang didakwa menjadi perosak rumah tangga, pelakon veteran Kazar meminta orang ramai tidak cepat menghukum.
Memetik mStar Online, pelakon berusia 63 tahun itu juga berharap masalah melihat Ira dengan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah dapat diselesaikan secara baik.
“Nasihat saya kepada netizen, janganlah berkasar sangat dalam berbahasa. Bercakaplah elok-elok kerana ini bukan kerja kita. Kalau boleh mereka yang terlibat ini berdamailah. Ia bukan masalah besar sangat,” katanya.
Enggan mengulas lanjut mengenai kes melibatkan anaknya itu, Kazar berkata sebagai bapa dia memberikan sokongan penuh terhadap Ira.
“Saya tidak boleh beri sebarang komen lanjut kerana perintah mahkamah. Ira okey sahaja… kami sekeluarga memberi sokongan penuh kepadanya,” katanya.
Sebelum ini, Puteri Sarah membuat dua aduan di Jabatan Agama Islam (Jais) atas dakwaan penglibatan orang ketiga dalam rumah tangganya.
Sumber: Mstar