“Kalau Caprice Nak Saman, Silakan” – Pengarah Urusan Mydin Kata ‘Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas’

“Kalau Caprice Nak Saman, Silakan” – Pengarah Urusan Mydin Kata ‘Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas’
Share

Umum sedia maklum, penyanyi rap Caprice baru-baru ini tampil memberi amaran terhadap pasar raya, Mydin kerana mendakwa syarikat itu membuat ciapan berbaur sindiran ke atas dirinya.


Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli meminta syarikat itu memadam ciapan tersebut atau dia akan mengambil tindakan saman sebanyak RM30 juta ke atas pihak Mydin jika tiada sebarang kenyataan maaf dikeluarkan dalam masa 24 jam.


Baca Juga

Memetik laporan Kosmo!, perkara itu telah mendapat perhatian Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin yang menyatakan pihaknya tidak melakukan sebarang kesalahan serta tiada sebarang unsur memerli atau menghina penyanyi rap berkenaan.


“Siapa makan cili, dia yang rasa pedas.” Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan.


“Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada kami, biar peguam saya semak nanti,” katanya yang dipetik Kosmo.


close

Ameer juga menegaskan syarikatnya tidak melakukan sebarang kesalahan dalam mana-mana hantaran di media sosial dan tidak berniat menghina sesiapa pun.


“Kami (Mydin) tak ada sebut nama Caprice atau ‘tag’ Caprice dalam hantaran kami, kenapa dia nak terasa?” soalnya.


Walau bagaimanapun, Caprice menerusi Insta Stories menawarkan untuk membelanja rakyat Malaysia di pasaraya Mydin.


“Cap nak belanja rakyat Malaysia beras, minyak dan tiga bahan lain ikut pilihan anda secara percuma minggu hadapan. Pilih lokasi mana korang nak Cap belanja.”


Mengulas lanjut, Ameer Ali mengalu-alukan Caprice untuk melakukan sedemikian serta menawarkan 1 kilogram paket gula untuk sesiapa yang terlibat.


Sumber: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel