Man Kidal Reda Diisytihar Muflis

Man Kidal Reda Diisytihar Muflis
Share

Satu demi satu dugaan menimpa, selepas hilang mata pencarian ketika pandemik, gitaris terkenal Man Kidal duji lagi apabila diisytiharkan muflis oleh mahkamah kerana gagal membayar pinjaman kereta.


Memetik Harian Metro, Man Kidal atau nama sebenar, Abdul Rahman Mahmood berkata perkara itu membuatkan dia panik apatah lagi bakal menjayakan Konsert Kolaboraci Three To Rock di Jakarta, Indonesia pada bulan hadapan.


Baca Juga

“Memang tak sangka ia akan berlaku. Untuk itu, saya kena buat surat kepada pihak berkenaan menyatakan komitmen akan bayar setiap bulan seperti yang ditetapkan.


“Apa yang berlaku adalah kesilapan sendiri dan saya kena reda. Memang ujian saya bertimpa-timpa. Sebelum ini saya dijangkiti Covid-19, isteri menjalani pembedahan dan kemudian bergelar asnaf.


“Rasanya tahun depan saya malu nak ambil bantuan sebagai asnaf. Alhamdulillah, keadaan dah okey. Saya tak sepatutnya ambil lagi,” katanya.

close

Dalam pada itu, Man Kidah meluahkan rasa syukur kerana masih dikurniakan rezeki apabola menerima tawaran persembahan dan konsert.


“Kumpulan Search pun bantu saya dengan persembahan sebelum ini. Dapatlah ‘cover’ balik sikit demi sikit. Persembahan lain pun dah makin banyak sekarang,” katanya.


Sumber: Harian Metro

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel