“Mencarut Tak Pelat Pulak, Nampak Sangat Dah Biasa” – Jerit Puk*ma, Ratu Teruk Dikecam Netizen

“Mencarut Tak Pelat Pulak, Nampak Sangat Dah Biasa” – Jerit Puk*ma, Ratu Teruk Dikecam Netizen
Share

Jika anda aktif di TikTok, pasti kenal dengan Ratu Farah yang selalu membuat content ‘pick up lines’ namun dia kini dikatakan semakin ‘over’ dan memalukan.


Sebelum ini, dia pernah dikritik di Twitter kerana video ‘pick up lines’ yang diberikan ketika berjumpa dengan Aizat dan Hael Husaini.


Baca Juga

Terbaru, rakaman video menunjukkan Ratu cuba aktiviti flying fox di resort milik Datuk Seri Aliff Syukri tular dan kata-kata yang keluar daripada mulutnya mengundang kritikan ramai.


Berdasarkan video berdurasi 27 saat itu, Ratu dilihat berasa sangat takut untuk meneruskan aktiviti berkenaan meskipun sudah lengkap memakai alat perlindungan diri.

Lihat video : TikTok

Lebih mengejutkan, dia turut mencarut beberapa kali disebabkan rasa takut itu dan ia membuatkan ramai warganet berpendapat bahawa perkataan serta tindakan Ratu berlebihan.

close

Menerusi ruangan komen entri berkenaan, rata-ratanya menyentuh isu cara percakapannya dan berkata mereka dengar Ratu tidak pelat ketika mengeluarkan kata-kata tidak elok itu.


Segelintir netizen akui berasa malu dengan tindakan Ratu dan ada yang turut memerli dengan menyuruhnya menyebut perkataan yang memberikan pahala apabila disebut.


“Sebut la Subhanallah ke, Allahuakbar ke. Dapat juga pahala.”


Sumber: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel