“Menggelupuh! Bedah B*rit Bila?” – Diva AA Sindir Lana Nodin Buat Hidung Di Korea Selatan
Thursday, October 27, 2022
Nama pelakon Lana Nodin sebelum ini menjadi bualan netizen apabila mendedahkan dirinya membuat pembedahan hidung di Korea Selatan.
Walau bagaimanapun, Lana menjelaskan sebab disebalik pembedahan itu adalah kerana dia pernah terlibat dengan kemalangan dan bukannya untuk mengubah ciptaan Tuhan.
Perkara itu mendapat perhatian pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang membuat ciapan di Twitter yang seakan-akan menyindir tindakan Lana Nodin.
Untuk info, Lana menyatakan bahawa ini merupakan kali keempat dia melakukan pembedahan hidung serta perkara itu telah pun mendapat keizinan keluarga dan suami.
Jelas Lana lagi, pembedahan tersebut turut menggunakan sebahagian daripada tulang rusuknya berbanding silikon atau plastik bagi mengelakkan terkena jangkitan.
Sumber: Beautifulnara