Norreen Kongsi Foto Mesra, Luah Rasa Cinta Pada Suami
Sunday, October 23, 2022

Baru-baru ini, pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman ada memuat naik gambar bersama suaminya, Razzi Razak di Instagram yang menjadi perhatian ramai.
Menerusi entri itu, Norreen meluahkan rasa cinta buat suami tersayang serta mendedahkan bukan mudah suaminya itu untuk memikat hatinya.
“Nothing can describe how much I love you Baba. Walaupun dulu You susah nak mengorat I tapi ….. kembang pulak ayat-ayat novel ni hahahahaha. Nanti ah sambung,” tulisnya.
Difahamkan, foto-foto mesra yang dikongsikan itu diambil ketika mereka menikmati percutian di Resorts World Cruises.
Apa yang menjadi perhatian, Norreen turut memuat naik gambar bercium dengan suami namun telah disunting menjadi kabur.
Malah, Norreen juga bertindak menutup ruangan komen pada posting berkenaan mungkin untuk mengelakkan kata-kata tidak sepatutnya daripada netizen.
Sumber: Rotikaya