“Penat Jaga Badan, Akhirnya Kena Bakar”

“Penat Jaga Badan, Akhirnya Kena Bakar”
Share

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz ada memuat naik gambarnya bercuti bersama rakan-rakannya di Bangkok, Thailand.


Tidak lokek berkongsikan momen percutian di sana, dalam posting tersebut Azira dan rakan-rakan sedang meraikan sambutan hari jadi di sebuah bar yang terkenal di Bangkok.


Baca Juga

Menerusi foto dikongsikan, Azira dilihat mengenakan ‘dress’ berwarna silver paras lutut. Pada foto dikongsikan, dapat dilihat ada foto memaparkan Azira memakai jaket dan ada yang tidak.


Seperti sudah dijangka, foto dikongsikan Azira itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan penampilan pelakon itu agak seksi.


Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan teguran dan nasihat pada Azira, tidak kurang juga, ada yang memberikan kata-kata sindiran.

close
Meskipun ada yang mengecam cara pemakaian Azira, namun ada yang memuji kecantikan pelakon itu. Bagaimanapun, Azira dilihat tidak membalas komen sindiran yang ditinggalkan netizen.


Sumber: Rotikaya

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel