Pernah Viral Kantoi Dengan Skandal, Hanafi Bakal ‘Penjarakan’ Bekas Isteri?

Pernah Viral Kantoi Dengan Skandal, Hanafi Bakal ‘Penjarakan’ Bekas Isteri?
Share

Masihkah ingat dengan satu video viral, mengenai seorang doktor wanita ‘kantoikan’ suaminya yang diam-diam berskandal bersama seorang pembantu perawatan kesihatan (PPK) pada tahun lepas? Malah gara-gara ‘serbuan’ mengejut itu, dia terus dilafazkan talak depan mata. Tak disangka-sangka, kecoh pula isu terbaru membabitkan tuntutan hak penjagaan anak antara bekas isteri dengan individu bernama Hanafi berkenaan.


Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, isu bermula semasa Hanafi ingin datang melawat anak di rumah bekas isterinya. Namun begitu, dia tidak dibenarkan kerana kanak-kanak tersebut kebetulan perlu dikuarantin ekoran menghidap HFMD dan positif Covid-19. Terdahulu, perkara sama juga pernah terjadi semasa Dr Najihah bawa cahaya mata mereka menghadiri acara ‘Family Day’ yang sudah lama dirancang sebelah pihak keluarganya.

Baca Juga


Difailkan tindakan undang-undang kerana ingkar perintah mahkamah

Bertitik-tolak daripada 3 kejadian itu, Hanafi telah memfailkan permohonan undang-undang terhadap bekas isterinya kerana ingkar perintah mahkamah syariah berkaitan isu lawatan anak. Pemilik akaun Twitter itu turut kongsikan screenshot daripada salah seorang saudara Dr Najihah, yang memperincikan kronologi insiden tersebut. Ujarnya ini adalah kali pertama wanita terbabit dibicarakan kerana ingkar perintah mahkamah, tapi terus disabitkan hukuman maksimum.


close

Bakal jalani hukuman penjara 30 hari…tapi kini diberi penangguhan selama 6 bulan hingga setahun


Walaupun baru pertama kali dibicarakan atas kesalahan ingkar arahan mahkamah, tetapi Dr Najihah perlu menjalani hukuman penjara selama 30 hari bekerja. Namun difahamkan, kini dia diberi penangguhan selama 6 bulan hingga setahun. Secara keseluruhannya, ciapan tersebut telah mengumpul lebih 12 ribu retweets setakat ini.

Kredit : Twitter elisataufik
Sumber: Erin Sakura Network

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel