Tular Video Susu Nilofa ‘Expired’ Dibuang, Netizen Kata Lebih Baik Sedekah
Sunday, October 9, 2022

Baru-baru ini, tular video di kongsikan seorang pengguna aplikasi TikTok memaparkan produk jenama minuman milik selebriti terkenal Neelofa iaitu susu Nilofa.
Apa yang menjadi perhatian, produk susu berperisa mangga itu didakwa dibuang di dalam satu tong sampah besar namun tidak dapat dipastikan lokasinya.
Pengguna yang berkongsikan video tersebut turut terkejut melihat susu yang dibuang dalam jumlah yang banyak serta mengatakan ianya satu pembaziran. Difahamkan, produk susu berkenaan dipercayai dibuang disebabkan telah pun tamat tempoh.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberi cadangan agar susu-susu tersebut di sedekahkan kepada orang ramai sebelum habis tarikh lupu bagi mengelakkan pembaziran.
Malah, ada netizen mengatakan susu yang telah tampat tempoh jangan dibuang kerana boleh digunakan sebagai baja tanaman.
SUMBER: BEAUTIFULNARA