Aiman Hakim Tak Kisah Isteri Berlakon Babak Mesra

Aiman Hakim Tak Kisah Isteri Berlakon Babak Mesra
Share

Pelakon Aiman Hakim Ridza berkata dia tidak kisah melihat isterinya, aktres Zahirah Macwilson melakonkan babak mesra bersama pelakon lelaki lain.


Memetik Astro Gempak, Aiman berkata tiada isu cemburu kerana dia menganggap ianya sebagai salah satu tuntutan kerja sebagai seorang pelakon.


“Pada saya, tiada masalah untuk lihat isteri saya melakonkan babak-babak yang bersentuhan. Itu, pada saya adalah sebahagian daripada art dalam lakonan dan ia merupakan satu pekerjaan.


“Bila ada babak-babak sedemikian, saya tak pernah terfikir itu ada isu atau cemburu dan sebagainya,” katanya.


Bergandingan dalam sebuah drama, Aiman turut menyifatkan isterinya seorang yang profesional ketika di set penggambaran.


“Zahirah seorang yang sangat profesional dalam kerja-kerja yang dilakukan. Sebelum ini kami pernah digandingkan sekali dalam sebuah drama. Dia tahu apa yang dia perlu buat dan seorang yang bijak serta mudah untuk bekerjasama,” katanya.


SUMBER: ASTRO GEMPAK

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel