Beri Sokongan Pada Syed Saddiq, ‘Influencer’ Korea Selatan Dikecam ‘Sibuk’ Dengan Politik Malaysia

Beri Sokongan Pada Syed Saddiq, ‘Influencer’ Korea Selatan Dikecam ‘Sibuk’ Dengan Politik Malaysia
Share

‘Influencer’ dari Korea Selatan yang popular di Malaysia, Ayana Jihye Moon baru-baru ini telah ke Muar bagi menunjukkan sokongan kepada YB Syed Saddiq yang menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Menerusi kapsyen posting yang dibuat oleh Ayana di akaun Instagram miliknya, dia yakin bahawa Syed Saddiq akan berjaya dalam pilihan raya kali ini walaupun banyak kepayahan yang dilalui.


“Saya yakin beliau akan berjaya dalam pilihan raya kali ini, pastinya akan berdepan dengan pelbagai cabaran, namun saya berdoa agar Allah SWT permudahkan segalanya. Insya-Allah.”

Bagaimanapun, entri tersebut mendapat reaksi negatif daripada warganet yang rata-ratanya mempersoalkan kewarganegaraan pempengaruh itu kerana dianggap ‘menyibuk’ dalam politik Malaysia.

Dalam pada itu, ada juga segelintir warganet yang menyerang Syed Saddiq dan memilih untuk tidak mengikuti Ayana di media sosial kerana menyatakan sokongan terbuka terhadap ahli politik berkenaan.

Sekadar info, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kekal bertanding bagi mempertahankan kerusi di Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Sumber: Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel