Dakwa Minum Susu Berlebihan Punca Kutu, Ustazah ‘Viral’ Undang Kekeliruan Netizen

Dakwa Minum Susu Berlebihan Punca Kutu, Ustazah ‘Viral’ Undang Kekeliruan Netizen
Share
Sebelum ini, tular tentang seorang penceramah bebas wanita mengkritik para suami dan menggelar lelaki sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika bersalin.

Kali ini penceramah tersebut sekali lagi menarik perhatian orang ramai gara-gara mendakwa minum susu berlebihan boleh mengundang jangkitan kutu.

“Ramai orang tidak tahu, antara punca kutu ialah minum susu yang berlebihan.”

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan itu mengundang kekeliruan ramai pihak kerana maklumat yang disampaikan itu pelik dan dianggap tidak benar.

Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa tidak pernah mengalami jangkitan berkenaan walaupun membuat pengambilan susu secara kerap.

“Alhamdulillah setakat ni kutu-kutu belum pernah menerima undangan saya yang hari-hari minum susu ni,” ujar seorang warganet.

“Apa kaitan susu dengan kutu?,” kata seorang lagi warganet.
SUMBER : TikTok, Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel