“Disuruh Salam Bukan Mahram” – Aishah Dedah Dimaki & Dicaci Depan Muka Waktu Tercalon PRU

“Disuruh Salam Bukan Mahram” – Aishah Dedah Dimaki & Dicaci Depan Muka Waktu Tercalon PRU
Share

Setelah tercalon untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan, penyanyi veteran Datuk Aishah memberitahu dirinya dicaci dan dimaki sangat teruk oleh orang ramai.


Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata sememangnya perlu mempunyai hati yang kental untuk lalui pelbagai situasi sewaktu menjadi calon mewakili parti PAS.


“Kalau lalu sahaja akan diejek dan macam-macam dicakap depan muka kita. Apatah lagi yang mengeluarkan kata-kata kesat itu daripada makcik.”


Bukan saja dimaki didepan muka, malah pelbagai cerita mengenai dirinya disebarkan biarpun perkara tersebut tidak betul.


Aishah turut bercerita tentang pengalamannya dimarahi oleh seorang lelaki tua kerana menolak salaman dari lelaki bukan mahram.


Bagaimanapun, penyanyi tersebut merasakan menjadi calon PRU merupakan satu pengalaman yang amat membina karakternya serta mengenali diri sendiri ketika berdepan dengan pelbagai situasi.


Sumber: Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel