Guru Mengaji Ditahan Polis, Didakwa Cabul Dan Buat Hubungan Kelamn Dengan Pelajar Sebanyak 20 Kali

Guru Mengaji Ditahan Polis, Didakwa Cabul Dan Buat Hubungan Kelamn Dengan Pelajar Sebanyak 20 Kali
Share

Seorang guru lelaki ditahan pihak polis kerana didakwa mencabul seorang pelajar bawah umur.


Memetik info dari sumber, difahamkan guru mengaji itu mencabul mangsa sebanyak 20 kali di sebuah institusi pendidikan agama Daerah Grabagan, Indonesia.


Kes tersebut diketahui apabila mangsa dikatakan sering menangis dalam pelukan ibu bapanya setiap kali pulang mengaji.


Sehubungan itu, ibu bapa mangsa menjadi risau kerana anak mereka tidak berani untuk menjawab pertanyaan setiap kali ditanya.



Menurut Ketua Unit Siasatan dan Jenayah Polis Tuban, AKP M Gananta memaklumkan perbuatan terkutuk guru berkenaan terbongkar apabila ibu bapa kepada mangsa menemukan bukti perbualan dalam telefon bimbit.


“Daripada telefon bimbit mangsa, ibu bapanya menemukan perbualan berkaitan pelaku yang telah menyetubuhi anaknya.”


Hasil siasatan pihak berkuasa juga mendapati suspek telah melakukan hubungan seks dengan dua pelajarnya selama dua tahun.


Sumber: Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel