“Ini Masalah Wanita, Ustaz Pernah Ke Rasa Sakit Beranak?” – Ustazah ‘Viral’ Selar Ustaz Azhar Idrus
Friday, November 11, 2022
Sebelum ini, penceramah selebriti terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil memberi penjelasan mengenai isu para suami dayus kerana membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran isteri bersalin.
Jelas Ustaz Azhar, di dalam perubatan apabila masuk sempadan darurat, hukum haram diangkat seketika kerana keadaan darurat itu membolehkan apa sahaja yang tidak boleh termasuk ketika isteri ingin bersalin memandangkan keadaan itu kritikal.
Allah sebut dalam al-Quran ‘Barangsiapa yang masuk situasi yang tidak boleh lagi membuat pilihan, bukan sengaja atau berlebih-lebihan, tidak berdosa’.
Bagaimanapun, kenyataan itu dibidas oleh Ustazah Siti Afifah yang mengatakan isu ini merupakan masalah wanita.
“Minta maaf Ustaz Azhar Idrus. Ini masalah wanita tau ustaz, yang meletakkan hukum dayus, tanda-tanda lelaki dayus ni Allah Taala.”
Malah, Ustazah Siti Afifah turut mempersoalkan Ustaz Azhar sama ada beliau pernah duduk dalam situasi wanita bersalin dan merasai sakitnya melahirkan seorang anak.
“Ustaz pernah ke beranak? Apa tindakan ustaz sebagai seorang ulama? sebagai ahli ilmu? apa yang ustaz perjuangkan selama ini?”
Bukan itu sahaja, pendakwah itu turut mempersoalkan tindakan Ustaz Azhar sebagai seorang ulama untuk mempertahankan maruah wanita.
“Kami ni wanita-wanita di luar sana, walaupun suami mereka tak mampu. Tapi kami tak redha kami dijadikan bahan uji kaji.”
“Ustaz tahu tak sakit kena rodok macam mana? Bukan seorang, bukan dua orang.. kang nanti orang ni masuk. Belum lagi tangan yang bukan Muslim.”
@m_hafizek Replying to @s_yqjs ♬ original sound - MR H A F I Z E K
Sumber: Beautifulnara