Ketua Armada Bersatu bertanding guna logo Pas, netizen korek tweet beliau yang pernah bodohkan penyokong Pas

Ketua Armada Bersatu bertanding guna logo Pas, netizen korek tweet beliau yang pernah bodohkan penyokong Pas
Share

Ketua Armada Parti Bersatu, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad dicalonkan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di kerusi Parlimen Machang, Kelantan pada Pilihan Raya Utama Ke-15 (PRU15). 


Untuk PRU15 kali ini, Wan Ahmad Fayhsal dilaporkan akan bertanding menggunakan simbol bulan sebagaimana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pucuk pimpinan parti iaitu Bersatu dan Pas. 


Beliau turut berkongsi mengenai 'berita gembira' itu di Twitternya pada Rabu lalu bersama dengan gambar poster dirinya berlatarkan bendera Pas. 


"Alhamdulillah, secara rasminya menjadi calon PN di P029 Machang, Kelantan. Saya menerima keputusan ini dengan keinsafan dan penuh kesyukuran. 


"InsyaAllah saya akan melakukan yang terbaik demi warga Machang dan rakyat Kelantan!" tulisnya pada ciapan tersebut. 


Bagaimanapun, netizen melabelkan kenyataan Ketua Armada itu ibarat 'meludah ke langit, muka sendiri yang basah', kerana sebelum ini pemimpin muda itu didapati pernah mengeluarkan kenyataan menentang Pas secara terbuka di media sosial. 


Berdasarkan gambar tangkap layar yang dikongsikan netizen, calon PN berkenaan pernah melabelkan penyokong parti Islam itu sebagai kurang cerdik, termasuk mendakwa pemimpin Pas terpaling mengambil duit curi Najib. 

"Hahaha! Lain kali sebelum nak post sesuatu di media sosial, cuba beringat esok lusa tulat apa yang akan jadi. Tak pepasal netizen dah bring up balik tweet lama kau tu," kata NotGood. 


"Amacam? Best kan jilat ludah sendiri? Mesti sedap ludah kau kan? Rasa manis masam pahit kelat ye dak?" kata Nick Husnain. 


"Kesian penyokong Pas. 2019 dulu kau tweet bodohkan penyokong walaun. Sekarang kau bertanding guna logo depa. Kalau kau menang, memang betullah apa yang kau tweet pada 2019 dulu," kata Che Mat. 


Sumber: Twitter Wan Ahmad Fayhsal

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel