Mas Khan Akui Jarang Solat 5 Waktu, Cari Pahala Dengan Cara Lain
Wednesday, November 23, 2022
Baru-baru ini, perkongsian pelakon Mas Khan di Insta Story menjadi perhatian apabila menjawab persoalan daripada pengikutnya menerusi Ask Me Question.
Apa yang menariknya, seorang pengikut bertanyakan kepada Mas Khan bagaimana untuk menjadi orang yang berjaya dan adakah pelakon itu menunaikan solat 5 waktu.
“Macam mana nak jadi seorang yang berjaya? You solat penuh tak? Sorry tanya… Sebab I suka tengok story you lagi-lagi,” soal pengikutnya.
Menjawab persoalan pengikutnya itu, Mas Khan mengaku jarang menunaikan solat penuh meskipun tahu bahawa solat adalah ibadah wajib.
Katanya lagi, biarpun solatnya agak tersasar namun dia mencari pahala dengan melakukan ibadah lain seperti dengan bersedekah dan membantu orang.
“Solat penuh tu memang jarang sekali. Yes solat adalah tiang agama ‘wajib’ tapi saya pandang lebih pada hati seseorang itu. Mungkin solat saya ke laut, tapi kita cari pahala tang lain, faham tak? Contoh bersedekah, tolong orang.
“Tidak bermakna solat penuh 5 waktu sehari you boleh cium syurga kalau hati pun tak betul,” tulisnya.
- SUMBER
- XTRA