“Mommy Tidur Dengan Boyf…” – Adam Shahz Kongsi Video Perbualan Dengan Anak

“Mommy Tidur Dengan Boyf…” – Adam Shahz Kongsi Video Perbualan Dengan Anak
Share

Nampaknya perbalahan antara pelakon Adam Shahz dengan bekas isterinya, Fatin Afeefa tiada kesudahan. Baru-baru ini, Adak ada memuat naik video perbualannya dengan anak mereka iaitu  Ivy Herra Sophia.

Menerusi video itu, Adam mendakwa ini punca dia tidak boleh berjumpa dengan anaknya kerana bimbang anak akan mengadu mengenai kelakuan bekas isterinya.

Dalam perbualan itu, Adam bertanyakan situasi Ivy yang tidak tidur dengan ibunya tetapi dengan abangnya, Adam Aisy Arrian.

Kadang-kadang tidur dengan mommy tapi kebanyakan masa tidur dengan Ayyan (Arrian) dalam bilik lain sebab mommy suruh.” kata Ivy.

Mendengar jawapan Ivy itu, Adam bertanyakan lagi soalan ibunya tidur dengan siapa jika tidak tidur dengannya.

“Lepas tu, mommy tidur dengan siapa?

“Dengan mommy punya boyf…..” kata Ivy lagi.

Perkongsian Adam di aplikasi TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen kurang senang serta tidak bersetuju dengan tindakan aktor itu bertanyakan soalan sedemikian.

Malah, netizen turut mempersoalkan tindakannya itu yang memuat naik video berkenaan selepas tular video di Insta Story bekas isterinya yang dikatakan bertunang.

@adamshahz30 Sebab inilah aku tak boleh jumpa nak. Takut anak mengadu pada aku. Budak2 tak menipu #fyp #tiktok #foryoupage #kantoi #fyp #november #2022 ♬ original sound - Adam Shahz
Diruangan komen, ada netizen mengatakan bahawa kanak-kanak memang tidak tahu berbohong namun adakalanya mereka hanya bercakap sahaja serta cakap berbelit.

Sumber: Rotikaya

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel