PU Abu Nafi Gila Talak, Perjelas Sebab Ke Hotel

PU Abu Nafi Gila Talak, Perjelas Sebab Ke Hotel
Share

Hari ini hangat diperkatakan mengenai pendedahan bekas isteri PU Abu iaitu Hana Azraa yang berkongsikan masih diganggu bekas suaminya itu.


Menerusi pendedahan tersebut, Hana turut memuat naik paparan perbualan bekas suaminya dengan ahli keluarganya yang didakwa masih menganggu dirinya.


Malah, Hana berkata ketika dia berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah baru-baru ini, bekas suaminya itu berada di hotel tempatnya menginap.


Dalam pendedahan itu juga, Hana turut mendedahkan bahawa mereka sudah bercerai talak tiga serta meminta bekas suaminya supaya move on.


Bagaimanapun, menerusi siaran langsung yang dimuat naik semula satu akaun TikTok, PU Abu menjelaskan mengenai kes nikah cerai dengan bekas isterinya itu.


Kata PU Abu lagi, biarlah mahkamah yang menentukan segalanya dan apabila sudah keluar pengesahan daripada mahkamah barulah dia akan kongsikan.


Menjelaskan mengenai dakwaan berada di bawah hotel Hana, PU Abu berkata dia ke hotel tersebut bukan untuk berjumpa bekas isterinya sebaliknya bertemu sepupunya.


“Kat hotel tu ada sepupu saya, sepupu saya pun pergi dengan RS Mega Travel. Saya bawak sepupu saya dan beberapa orang rakannya pergi makan,” katanya.


Dalam pada itu, PU Abu mengakui ada hantar mesej kepada ibu  Hana atas urusan Mateen iaitu anaknya bersama wanita terbabit seminggu lalu. Jelasnya, dia tidak mencari Hana dan tetapi hanya ingin mengetahui tentang perkembangan anak mereka sahaja.


Sementara itu, PU Abu turut memohon maaf andai ada yang terasa dengan perkongsiannya sebelum ini. Ujarnya, niatnya hanya untuk memuji isterinya kerana menghargai wanita itu. 


Sumber: Rotikaya

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel