“Sekali Sekala Nad Membuka Matanya & Tidur Semula” – Rakan

“Sekali Sekala Nad Membuka Matanya & Tidur Semula” – Rakan
Share

Sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan jankitan kuman pada paru-paru, ramai rakan artis berkongsikan keadaan Nad Zainal serta mendoakan buat aktres itu agar diberi kesembuhan.

Terbaru, pengarah drama terkenal, Shahrulezad berkongsikan perkembangan dan keadaan terkini Nad Zainal di Instagram miliknya sebentar tadi.

Menurut Shahrulezad atau lebih mesra disapa Budak Ijat berkata keadaan Nad kini semakin baik berbanding semalam serta luka pada paru-parunya juga semakin sembuh.

“Alhamdulillah, keadaan Nad semakin baik berbanding semalam. Kadar kebergantungan dia pada mesin oksigen semakin berkurangan. Luka-luka di paru-parunya semakin sembuh. Paru-paru dah mula berfungsi dengan lebih bagus. Cuma, doktor tidak mahu memaksa sangat,” tulisnya.

Kongsi Shahrulezad lagi, Nad ada membuka matanya sekali sekala sebelum tidur semula. Ujarnya lagi, dos ubat-ubatan juga telah dikurangkan selepas keadaan Nad semakin stabil.

“Sekali sekala ada juga Nanad membuka matanya dan tidur semula.  Anyway sebahagian ubat ubatan juga ada yg telah mula dikurangkan dosagenya dan ada juga diberhentikan bila melihat keadaan Nad yg semakin stabil. Syukur tak terhingga,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shahrulezad turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang tidak berhenti mendoakan kesembuhan buat Nad Zainal.

“Saya mewakili keluarga dan sahabat Nad dengan rendah diri ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas doa doa tulus kalian. Hanya Allah saja yang mampu membalas doa ikhlas kalian,” tulisnya.

Sumber: Rotikaya

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel