“Awak Cantik Tapi Sayang…” – Ira Kazar Buat TikTok Dengan Bapa, Ruang Komen Dipenuhi Caci Maki Netizen
Friday, December 23, 2022

Baru-baru ini, anak perempuan kepada pelakon Ira Kazar ada memuat naik satu video di TikTok di mana dia dilihat sedang bersiar-siar bersama bapanya, Kazar Saisi di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur.
Gara-gara kontroversi Ira yang didakwa menjadi punca rumah tangga antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof berantakan, ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan kritikan dan kutukan warga maya.
Ada yang menyindir Ira untuk menjadi ibu tirinya, malah mendoakan agar hidup wanita itu terus susah kerana menjadi punca perkahwinan orang lain musnah.
Malah, ada yang berharap agar Ira ditimpa kifarah di atas tindakan yang dilakukan kepada Puteri Sarah.
Sumber: Beautifulnara