Hari-Hari Lauk Garam & Bawang, Pekerja Asing Berjaya Simpan RM800,000
Thursday, December 1, 2022
Pada era ini, tidak dapat di nafikan ramai yang sangggup ikat perut serta berbelanja secara bersederhana kerana mahu menyimpan duit untuk masa depan serta kesenangan keluarga mahupun diri sendiri.
Seperti kisah yang sedang tular di platform TikTok baru-baru ini, tentang cara seorang pekerja asing berasal dari negara Bangladesh ‘mengikat perut’ ketika bekerja di Malaysia.
Difahamkan, lauk yang sering di makan oleh individu berkenaan hanyalah bawang, cili serta garam sahaja dan itu membolehkan dirinya menyimpan wang buat keluarga.
Melalui video yang di muat naik itu, kelihatan pekerja asing tersebut sedang menikmati nasi berkuahkan air kosong dan sama sekali tiada lauk di sekelilingnya.
Biarpun kelihatan seperti tidak mampu untuk membeli apa-apa, pekerja asing itu di katakan sudah menyimpan wang sebanyak RM800,000 dan sudah miliki tanah serta sebuah rumah di kampung halamannya.
Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata netizen kagum melihat kekuatan pekerja asing tersebut bertahan dengan hanya lauk seperti itu serta hormat melihat kegigihannya menyimpan wang ringgit ketika bekerja di Malaysia.
SUMBER : TikTok