Ifa Raziah Bangga Bila ‘Viral’, Akui Suka Dikecam Netizen

Ifa Raziah Bangga Bila ‘Viral’, Akui Suka Dikecam Netizen
Share

Penyanyi dan juga pelakon, Ifa Raziah mengakui dia tidak terkesan dengan segala kecaman dan umpatan yang diterimanya di media sosial.

Kata Ifa yang ditemui mStar Online, kecaman yang diterimanya itu menandakan bahawa dia masih diterima dalam industri hiburan negara.

Ujar pemilik nama Saripah Raziah Mustapha ini lagi, ia menandakan masih rama yang menunggu perkembangan dan cerita daripada dirinya.

Baca Juga

“Tidak mengapa saya tak terguris pun malah Ifa Raziah semakin popular bila dikecam. Itu adalah satu marketing untuk kita, kalau kau tak dikecam maknanya kau tak popular orang tak ambil kisah tentang kau.”

Penyanyi dangdut itu juga merasakan bahawa masih ramai yang mempedulikannya kerana masih menjadi tumpuan netizen di luar sana.

“Tapi bila orang pedulikan kau maknanya kau dipandang, masa itu orang nak tengok kau walaupun orang benci kau maknanya kaulah viral” katanya lagi.

SUMBER : mStar Online

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel