Reen Rahim Sah Isteri Ahli Perniagaan, Terima Mas Kahwin Sedulang Barang Kemas

Reen Rahim Sah Isteri Ahli Perniagaan, Terima Mas Kahwin Sedulang Barang Kemas
Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Reen Rahim yang selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.05 malam tadi di Boraombak Marina, Putrajaya.

Memetik mStar Online, pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Pada majlis tersebut, Reen menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta set barangan kemas serta lima dulang hantara yang turut sama dibalas oleh pengantin perempuan.

Difahamkan, pasangan pengantin itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi yang akan diadakan di Ruscus Hall Forest Valley, Cheras esok. 

Baca Juga

Sebelum ini, Reen meluahkan rasa syukur mendapat penajaan sebanyak RM15 juta dalam pelbagai bentuk untuk ketiga-tiga majlis perkahwinanya nanti.

Reen turut berkongsikan dia sudah pun mengikat tali pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun merahsiakannya atas permintaan keluarga.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel