“Jangan Hakimi Puteri Sarah Sebab Awak Bukan Dalam Kasut Dia” – Ziana Zain
Saturday, January 21, 2023
Penyanyi Ziana Zain memberi pesanan kepada netizen supaya tidak menghakimi pelakon Puteri Sarah susulan kemelut rumah tangga dihadapinya ketika ini.
Memetik Ohmymedia, Ziana berkata adalah lebih baik jika kita mendoakan agar urusan Puteri Sarah dipermudahkan kerana kita tidak tahu apa yang dilalui oleh pelakon itu.
“Biarkan, dia sahaja yang tahu. Jangan hakimi orang (Puteri Sarah) sebab awak ‘bukan dalam kasut dia’. Biar dia layan perasannya, kita tak kena kita tak tahu. Kita jangan hakimi sebab akan tambah dosa je.
“Kita doakan je terbaik untuk mereka, kalau panjang, panjang lah. Kalau tidak, tidaklah. Kita bagi aura yang baik, jangan negatif kat orang. Sama-sama doa, Insya-Allah makbul. Kita juga dapat pahala Allah bagi,” Katanya
Dalam pada itu, Ziana berkata wanita perlu mendapatkan nasihat daripada individu dipercayai serta mereka yang positif apabila berdepan masalah rumah tangga supaya tidak memburukkan lagi keadaan.
“Kita kena cari someone yang kita percaya, kawan baik atau adik terdekat yang boleh kita luahkan dan minta pendapat.
“Carilah orang yang siram air, bukan siram minyak. Kat luar tu banyak siram minyak. Sentiasa berkomunikasi dengan orang positif, sentiasa istikarah, Allah akan berikan jalan,” katanya.
SUMBER: ROTIKAYA, OHMYMEDIA