Identiti suspek buang botol sudah dikenal pasti, usaha mengesannya sedang dijalankan

Identiti suspek buang botol sudah dikenal pasti, usaha mengesannya sedang dijalankan
Share

Polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang terbabit dalam kejadian membalingg botol minuman keras ke arah jalan raya, yang videonya tular di media sosial baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti suspek dan kini sedang berusaha mengesan keberadaan lelaki itu.

"Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, sudah mengenal pasti individu terbabit dan tindakan mengesannya sedang dilakukan," katanya.  

Noor Dellhan turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil menghubungi pihaknya untuk membantu siasatan. 

Terdahulu video berdurasi 1 minit 43 saat yang dimuat naik oleh pengguna TikTok SyrupBoy menunjukkan suspek sedang memegang botol minuman arak sebelum membalingnya ke arah jalan raya Lebuhraya AKLEH, berhampiran susur keluar ke Jalan Sultan Ismail. 


Lapor Harian Metro, suspek dipercayai melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu dari sebuah residensi mewah di Jalan Cendana, Kampung Baru, Kuala Lumpur. 

Semasa kejadian itu berlaku, lebuhraya berkenaan sedang sesak dan tidak diketahui objek itu mengenai kenderaan yang sedang melalui lebuhraya itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan. 

Polis juga menasihatkan orang ramai yang tidak melakukan sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang. 

Sumber: Harian Metro

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel