“Saya Dah Penat Tanggung Biawak Hidup” – Fatin Afeefa
Friday, February 17, 2023
Baru-baru ini, pelakon Fatin Afeefa seakan memberi bayangan pernah melalui kehidupan dimana dia banyak berkorban serta menanggung keluarga.
Menerusi video dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok, pelakon itu meluahkan dia sudah penat menanggung ‘biawak hidup’ dan tidak mahu laluinya lagi.
“Saya dah penat lah tanggung biawak hidup, biarlah biawak pula tanggung saya. Saya je asyik tanggung biawak hidup.
“Dulu saya dah dengar cakap korang, saya dah dengar dah. Kita ni kahwin jangan ingat lelaki kaya ni, saya dah dengar cakap korang,” katanya.
Tidak pasti siapa biawak hidup yang dimaksudkan namun bukan suaminya, Aliff Awang. Fatin meluahkan rasa syukur suaminya menjaga keperluannya sebagai isteri.
“Saya bela biawak, sekarang ni saya nak biawak yang bela saya. Biar je dia. Nanti korang faham lah, mencintai biawak tak akan boleh beri makan kepada anak-anak dan anda. Tapi suami saya baik je,” katanya.
Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen terhibur apabila Fatin menggelarkan suaminya sebagai seekor biawak.
Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia.
Pada Disember tahun lalu, Fatin mengejutkan ramai apabila berkahwin dengan Aliff dalam satu majlis tertutup.
Sumber: mStar, Rotikaya