Diana Danielle Fail Permohonan Cerai Terhadap Farid Kamil

Diana Danielle Fail Permohonan Cerai Terhadap Farid Kamil
Share
Dunia hiburan digemparkan lagi dengan satu khabar berita mengenai pelakon popular, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Farid Kamil.

Difahamkan, permohonan cerai itu sudah pun dilakukan oleh Diana pada awal bulan lalu.

Permohonan untuk bercerai itu dibuat kerana sudah tiada lagi persefahaman dan berlakunya perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga.

Bagaimanapun, sebagai suami, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pada pagi ini.

Turut difahamkan daripada laporan Utusan, pasangan popular itu sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Susulan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan berkenaan untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Permohonan tersebut akan ditetapkan pada 28 Mac ini semula.

Sumber: Utusan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel