“Saya Akan Blacklist Dia Seumur Hidup, No More” – A.Aida

“Saya Akan Blacklist Dia Seumur Hidup, No More” – A.Aida
Share

Penerbit Datuk A.Aida menegaskan dia tidak akan bekerjasama dengan pelakon Amelia Henderson yang kini dalam senarai hitam artis tidak akan diambil berlakon dibawah syarikatnya.

Memetik Kosmo, Aida berkata dia tidak pernah jumpa dengan artis seperti sedemikian dan pintu hatinya sudah tertutup untuk memanggil Amelia berlakon.

“Saya akan ‘blacklist’ dia seumur hidup. Takkan sama sekali bekerjasama dengannya lagi.

“Macam saya cakap, ini pertama kali jumpa artis spesis sebegini. Lain kali kalau ambil (berlakon), mungkin dia akan buat lagi. Jadi, saya dah tutup pintu hati saya untuk memanggilnya berlakon lagi. ‘No more’!,” katanya.

Dalam pada itu, Aida berkata dia lebih sanggup memberi peluang serta bekerjasama dengan bakat baru yang tidak menyusahkan.

“Saya nak beri peluang kepada artis-artis baharu yang tidak bermasalah. Tak nak dah artis yang esok nak ‘shoot’ (mulakan penggambaran), malamnya tarik diri. Minta maaflah,” katanya.

Terdahulu, Amelia diarahkan membayar lebih RM200,000 kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn.Bhd.

Mahkamah turut memutuskan supaya Amelia memohon maaf dan memadam perkongsian video dalam Instagram yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat milik A. Aida.

SUMBER KOSMO

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel