Bekas Suami Zarina Anjoulie Ditahan Polis
Monday, June 7, 2021

Bekas suami kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu Eliyas Azhar ditahan di Ibu Pejabat p0lis Daerah (IPD) Nilai pada Ahad sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Memetik laporan Sinar Harian, Eilyas ditahan susulan laporan polis dibuat Zarina pada Sabtu lalu berkenaan ugutan yang diterima daripada bekas suaminya.
Ketua polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata Zarina mendakwa menerima pesanan berunsur ugutan daripada bekas suami bertujuan untuk mengaibkannya di media sosial.
“Sehubungan itu pada semalam (Ahad), suspek telah hadir ke IPD untuk dirakam percakapan dan dita.han sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Kes.eksaan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam waktu terdekat.
Terdahulu, Zarina ada memuat naik bukti paparan mesej perbualan yang mana Zarina bertanya sama ada dia perlu membayar Eilyas jika ingin diceraikan, lelaki itu meletakkan harga bayaran berjumlah RM10,000.
Menerusi satu lagi perkongsian, Zarina turut berkongsi laporan polis yang dibuat berkenaan tindakan Eilyas yang pernah memanjat pagar rumahnya untuk merakam gambar dan videonya dalam keadaan aib.