Buat ‘paid review’ aksi tak senonoh atas katil. Zara Zya minta rakyat Malaysia ‘open minded’ – “Selagi tak salah buat apa nak dengar orang cakap apa”

Buat ‘paid review’ aksi tak senonoh atas katil. Zara Zya minta rakyat Malaysia ‘open minded’ – “Selagi tak salah buat apa nak dengar orang cakap apa”
Share

TINDAKAN pelakon Zara Zya berkongsi video reviu produk memaparkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan aksi tidak sopan atas katil dengan kapsyen berbaur lucah mengundang rasa kurang senang netizen.

Menjawab kritikan netizen itu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zanuddin berharap rakyat Malaysia berfikiran lebih terbuka memandangkan dia hanya mempromosikan produk makanan tambahan sahaja.

Pelakon berusia 36 tahun ini bagaimanapun enggan mengambil pusing dengan kritikan netizen kerana beranggapan tindakannya itu tidak salah.

“Kalau fikir ia 18 XS, jadi macam itu la. Rakyat Malaysia kena open minded. Lagipun, saya hanya promosikan produk seperti suppplement atau makanan tambahan sahaja.

Baca Juga

“Tapi tak apa la, saya ok saja bila netizen kecam atau kritik sebab dah memang masak sangat dengan netizen Malaysia. Saya terima untuk buat ulasan itu bukan sebab tak ada job.

“Paid review ini memang dari dulu pun saya dah terima. Tak kisahlah orang nak kata apa pun, selagi benda itu tak salah buat apa saya nak dengar cakap orang lain,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Sebelum ini, netizen mengkritik tindakan Zara memuat naik video mempromosikan produk melibatkan hubungan in.tim suami isteri yang dilihat tidak sesuai untuk dipertontonkan di laman sosial.
Rata-rata netizen menganggap biarpun ia iklan berbayar namun tidak bersesuai dengan imej aktres tersebut yang kini sudah berhijrah.

Dalam pada itu, biarpun dikritik tiada ‘job’ namun pelakon drama Korban Kasih ini bersyukur kerana perniagaan jualan sambal di atas talian mendapat sambutan.

Tonton Video Zara

close
“Alhamdulillah… perniagaan sambal mantul saya berjalan dengan lancar. Zaman sekarang orang memang suka buat pembelian secara talian. Jadi, saya pun jual sambal itu di platfrom perkhidmatan atas talian.

“Kita sendiri pun terjebak beli online… kadang-kadang entah apa barang kita beli. Sebab itu saya pun jual sambal yang juga resipe arw4h nenek ini di platfrom itu.

“Ikutkan sebenarnya saya dah lama menjual sambal bilis dan penyet tapi untuk sambal mantul ini baharu sahaja tahun ini saya buat,” ujarnya.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel