Bergelar Paderi, Wanita Sedih Bapa Tak Boleh Jadi Wali Nikah Kerana Berbeza Agama

Bergelar Paderi, Wanita Sedih Bapa Tak Boleh Jadi Wali Nikah Kerana Berbeza Agama
Share

Baru-baru ini, perkongsian seorang wanita berpurdah menjadi tular di serata media sosial di Indonesia apabila dia meluahkan kesedihan kerana bapa kandungnya tidak boleh menjadi wali pada pernikahannya.

Ini disebabkan dirinya dan si bapa berbeza agama. Wanita itu merupakan seorang Muslim manakala bapanya pula seorang paderi beragama Kristian.

Islam sejak lahir setelah ibu mualaf bercerai dengan bapa.

Menerusi aplikasi TikTok, wanita yang dikenali sebagai Cristin Natalia Inten Patoh ini berkongsi kisah pernikahannya kepada orang ramai.

Difahamkan lagi, dia adalah anak sulung dalam keluarganya. Namun, dia bukanlah seorang mualaf. Cristin sudah memeluk Islam sejak lahir apabila ibunya menjadi mualaf setelah bercerai dengan bapanya.


“Bapak dan mama aku udah bercerai sejak aku usia 6 bulan, dan mereka udah punya kluarga masing-masing.

“Salah satu hal terberat yang aku dan ayahku rasakan ketika ayahku bisa menikahkan anak orang lain di gereja. Tapi tidak bisa menikahkan putrinya sendiri dikarenakan perbedaan agama kami,” luahnya sedih.


Biarpun begitu, Cristin tetap bersyukur kerana bapanya sanggup datang dari jauh untuk hadir ke majlis pernikahannya yang berada di Kalimantan Timur.

"Alhasil yang jadi wali nikahku adalah wali hakim, bukan ayahku. Walaupun demikian, aku sangat bersyukur dan bahagia sekali di hari itu.

“Karena beliau memberikan kejutan rela datang jauh-jauh dari Timika Papua ke Berau Kalimantan Timur. Untuk menghadiri hari pernikahanku,” ujarnya.

Mengulas dengan lebih lanjut, Cristin sememangnya sudah lama menunggu saat indah pertemuan kembali kedua orang tua kandungnya itu. Malah, dia sangat bersyukur kerana momen itu berlaku di hari pernikahannya.

“Ini foto pertama pakai cadar bareng daddyku. Dan setelah bertahun-tahun lamanya. Akhirnya punya foto bareng mama dan daddy. Ini adalah foto yang selalu aku nanti-nantikan. Akhirnya Allah kabulkan tepat di hari pernikahanku,” lanjutnya lagi.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut meluahkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana memberikannya ibu bapa yang hebat di dunia ini.

“Terima kasih Ya Allah, karena telah memberikan kedua orangtua yang hebat untukku. Hamba selalu percaya rencanamu begitu indah,” tambahnya.

Sumber: TikTok Cristin Natalia, BorakDaily.com

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel