Pernah Viral Kunci Tangan Sama-Sama, Pasangan Ini Berpisah Lepas 123 Hari
Sunday, June 20, 2021

Beberapa bulan yang lalu, viral tentang pasangan kekasih dari Ukraine yang memutuskan untuk mengunci tangan mereka berdua selama tiga bulan sebab nak test cinta mereka. Kalau ada antara korang yang masih ingat atau tertanya-tanya apa jadi lepas tu, sayangnya pasangan tersebut dah berpisah!
Memetik laporan daripada Mirror, pasangan itu berpisah setelah mengunci tangan mereka selama 123 hari. Viktoria, 29 tahun telah menjerit ‘hooray’ sebaik sahaja rantai besi yang mengunci tangan mereka berdua dipotong.
Pasangan bekas kekasih itu telah ‘dipisahkan’ di depan monumen Perpaduan iaitu tempat yang sama di mana mereka dikunci beberapa bulan lepas. Mereka juga mengatakan dah tak sabar untuk membawa haluan masing-masing.
Alexander, 33 tahun pula mengucapkan jutaan terima kasih kepada followers mereka di media sosial yang telah setia mengikuti perkembangan hubungan mereka sepanjang tempoh mereka dikunci bersama.
Namun, mereka turut mengatakan mereka tetap gembira dengan pengalaman tersebut. Difahamkan, mereka mengambil keputusan ini sebab tak ada privacy. Untuk pengetahuan semua, dorang kena buat semua benda bersama-sama sebelum ini termasuklah ketika menukar pakaian.
Lelaki tersebut berkata dia dah bosan terpaksa tunggu bekas teman wanitanya itu bersiap setiap pagi manakala wanita itu pula terpaksa lupakan kerjayanya dalam bidang tata rias sebab pelanggannya tak berapa selesa ada lelaki di sampingnya ketika bekerja.
Sumber: Mirror, Lobak Merah