"Gaji tak setimpal dengan kerja..” Dr Amalina dikecam sebab tak balik kerja di Malaysia, sekali doktor ini tampil bidas balik
Friday, June 18, 2021

Sejak beberapa hari lalu, terdapat pihak tertentu menyifatkan pelajar medik yang menyambung pengajian di luar negara sebagai ‘pengkhianat’ apabila mereka tidak pulang bagi menabur semula jasa ke tanah air tercinta.
Antara nama yang paling disebut-sebut adalah Dr Amalina Che Bakri apalagi beliau sendiri sudah pun 15 tahun menetap di United Kingdom.
Merasa kurang senang kerana Dr Amalina ibarat diperlekehkan, Dr Rafidah Abdullah lantang membidas semula pemikiran kononnya doktor Malaysia bekerja di luar negara sebagai seorang pembel0t.
Pakar Buah Pinggang ini nyatanya terkilan mengetahui yang ‘sedap’ mengata juga terdiri daripada golongan profesional. Apabila ditanyakan tentang bekerja di sini, beliau juga tidak menggalakkan doktor muda tersebut pulang atas sebab apresiasi.
Menurut penjelasan Dr Rafidah lagi, Dr Amalina tiada sebarang kontrak biasiswa dengan mana-mana badan berkaitan malahan kini menerima biaya dari kolej luar negara untuk pengajian pHD. Ini sekali gus menepis dakwaan meleset yang mengatakan beliau ada hutang dengan Malaysia.
Gaji sikit wey… Luar negara lagi padu gaji & setimpal dengan kerja
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian pendapat daripada Dr Rafidah. Malahan ada yang menganggap gaji tatkala bekerja di luar negara jauh lebih setimpal berbanding Malaysia.